Thursday 26 January 2017

PERJUMPAAN FASILINUS BIL 2/2017

Perjumpaan FasiLINUS Bil 2/2017 telah dilaksanakan di War Room, PPD Pekan. Perbincangan ini turut dihadiri oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik, Tuan Haji Rujhan bin Zakaria.  Antara perkara yang telah dibincangkan termasuk Pelaporan Dapatan Audit LINUS2.0, Program-program LINUS2.0 bagi bulan Februari 2017, Program Sifar LINUS Impian Kita (SLIK) dan juga maklumat-maklumat terkini berkaitan LINUS2.0.




AUDIT LINUS2.0 - SK MAMBANG

Pada 24 Januari 2017, Audit LINUS2.0 telah dilaksanakan di SK Mambang.  SK Mambang mempunyai murid yang terdiri dari pelajar melayu dan pelajar orang asli.  Tahniah di atas pengurusan Fail LINUS2.0 yang baik dan Terima Kasih kerana sudi menerima kehadiran kami.

Gambar bersama guru besar Encik Sohaimi bin Abdullah dan pentadbir

Pegawai FasiLINUS Daerah Pekan

Perbincangan Pegawai FasiLINUS bersama Guru Pemulihan Khas
Encik Ahmad Farmizan bin Mohamad

Semakan borang BPPI dan Instrumen bertulis murid oleh
Pegawai FasiLINUS

Perbincangan di antara Pegawai FasiLINUS
Pembentangan dapatan Audit LINUS2.0 bersama guru besar

AUDIT LINUS2.0 - SK PERMATANG KELEDANG

Pada 18 Januari 2017, seramai 4 orang Pegawai FasiLINUS telah ke SK Permatang Keledang bagi pelaksanaan Audit LINUS2.0.  Sekolah ini merupakan salah satu sekolah orang asli di Daerah pekan. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana pengurusan LINUS2.0 yang baik dan terima kasih di atas komitmen diberikan!!!

Semakan oleh Puan Zabidah binti Mat Zanggi dan
Puan Intan Khairani binti Ismail

Semakan Instrumen dan borang BPPI oleh Pegawai FasiLINUS
Pembentangan dapatan Audit LINUS2.0 oleh Pegawai FasiLINUS
kepada pentadbir sekolah

Pentadbir sekolah membuat semakan dapatan Audit LINUS2.0

Gambar kenang-kenangan Pegawai FasiLINUS bersama pentadbir sekolah

Tuesday 17 January 2017

AUDIT LINUS2.0 - SK TASIK CINI

Destinasi Audit LINUS2.0 berikutnya adalah SK Tasik Cini.  SK Tasik Cini merupakan di antara Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) di Daerah Pekan.  Ia adalah sekolah orang asli yang mempunyai  bilangan murid di bawah 100 orang.  Pegawai FasiLINUS yang terlibat pada hari ini adalah seramai 5 orang.  Terima Kasih dan Tahniah di atas komitmen semua pentadbir dan guru SKK SK Tasik Cini!!!


Pegawai FasiLINUS bersama pentadbir sekolah
Audit LINUS2.0 telah dilaksanakan di bilik komputer


Puan Nurul Khairani binti Nashruddin membuat semakan
 Instrumen dan BPPI Numerasi

Puan Intan Khairani binti Ismail sedang membuat semakan
Instrumen dan borang BPPI LBI

Semakan Instrumen LBI bertulis murid oleh
Puan Nor Haslinda binti Dato' Haji Burhanuddin

Puan Rozita binti Buang sedang menulis dapatan keseluruhan
Audit LINUS2.0
Pembentangan dapatan Audit LINUS2.0 kepada GPK HEM
Encik Abdul Murad bin Awang
Pegawai FasiLINUS bergambar di bawah pokok Markisa

Monday 16 January 2017

AUDIT LINUS2.0 - SK RUNCHANG

Bagi minggu kedua pelaksanaan Audit LINUS2.0, SK Runchang merupakan destinasi keempat Pegawai FasiLINUS.  Sekolah ini merupakan diantara sekolah orang asli di Daerah Pekan.  Tahniah di atas komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru SK Runchang!!!   

Puan Intan Khairani binti Ismail membuat semakan
Instrumen dan BPPI LBI
Encik Mohd Hadaffi bin Awang Sazali membuat semakan 
Instrumen dan BPPI LBM serta Fail Pentadbiran LINUS2.0
Puan Nurul Khairani binti Nashruddin membuat semakan
Instrumen dan BPPI Numerasi



Puan Nor Haslinda binti Dato' Haji Burhanuddin sedang
membuat semakan Instrumen dan BPPI LBI

Puan Zabidah binti Mat Zanggi membuat semakan
Instrumen dan BPPI LBM

Pegawai FasiLINUS sedang menyemak Instrumen Saringan
Bertulis Murid dan Borang BPPI

Pegawai FasiLINUS sedang mengisi Borang Audit LINUS2.0
(ADL2.0-1, ADL2.0-2 & ADL2.0-3)  selepas semakan dilaksanakan

Pegawai FasiLINUS PPD Pekan bersama barisan
pentadbir SK Runchang

Thursday 12 January 2017

AUDIT LINUS2.0 - SK (LKTP) CHINI 2

Hari ini merupakan hari ketiga Audit LINUS2.0 dilaksakan bagi Tahun 2017.  Pada hari ini seramai 5 pegawai FasiLINUS yang terlibat dalam pelaksanaan Audit LINUS2.0 di SK (LKTP) Chini 2. Terima Kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran kami.

Semakan Fail Pentadbiran LINUS2.0 oleh
Encik Mohd Hadaffi bin Awang Sazali

Perbincangan di antara Pegawai FasiLINUS bersama 
Penyelaras LINUS2.0 Puan Normadiah binti Md Nadzri


Perkongsian dapatan Audit LINUS2.0 bersama SIP +
Tuan Haji Rahim bin H Musthaffa

Kami amat bertuah kerana dapat berkongsi dapatan
Audit LINUS2.0 bersama SIP+

Pembentangan dapatan Audit LINUS2.0 bersama
Guru Besar Hajah Jamilah binti Haji Ripin

Gambar kenang-kenangan bersama barisan pentadbir
SK (LKTP) Chini 2

AUDIT LINUS2.0 - SJK (C) YOKE HWA

Pada tanggal 11 Januari 2017, Pegawai FasiLINUS Pejabat Pendidikan Daerah Pekan telah melaksanakan Audit LINUS2.0 di SJK (C) Yoke Hwa.  Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada pihak sekolah!!!


Perbincangan bersama Penyelaras LINUS2.0 Puan Lim Chui Chen
Perbincangan diantara Pegawai FasiLINUS
Perbincangan diantara Pegawai FasiLINUS bersama guru LBI
Encik Jazuli Khalil bin Mohd Nor

Gambar Pegawai FasiLINUS bersama Guru Besar
SJK (C) Yoke Hwa Puan Lim Lee Chern dan pentadbir

Tuesday 10 January 2017

AUDIT LINUS2.0 - SK PULAU RUSA

Audit LINUS2.0 bertujuan meningkatkan keberkesanan pengurusan LINUS2.0 di sekolah.  Pada Tahun 2017, 10 buah sekolah dari Daerah Pekan telah dipilih berdasarkan keputusan Tahun 2, Saringan 2, 2016.  Sekolah pertama yang telah diaudit pada hari ini adalah SK Pulau Rusa.  Tahniah di atas komitmen yang telah diberikan!!!

Pegawai FasiLINUS di SK Pulau Rusa
Semakan Instrumen Saringan Bertulis Murid
Semakan Fail LINUS2.0 oleh Puan Rozita binti Buang

Semakan rumusan Audit LINUS2.0 oleh
Encik Mohd Hadaffi bin Awang Sazali

Pembentangan dapatan audit kepada Penyelaras LINUS2.0
Puan Norhanani binti Mohni

Pembentangan dapatan audit kepada GPK 1
 Encik Sharul Nizam bin Rahamad




Thursday 5 January 2017

PERJUMPAAN FASILINUS BIL 1/2017




Perjumpaan FasiLINUS Bil 1/2017 telah dilaksanakan di Unit Pengurusan Akademik. Perbincangan ini telah membincangkan OPPM dan juga Perancangan strategik bagi gerak kerja 2017.

Sunday 1 January 2017

TAHUN BARU DAN AZAM BARU

Selamat Datang ke Blog LINUS2.0 Pejabat Pendidikan Daerah Pekan.  Bersempena dengan kedatangan Tahun Baru 2017 pada hari ini, dengan sukacitanya pihak FasiLINUS Pejabat Pendidikan Daerah Pekan ingin melancarkan blog yang diharapkan dapat menyalurkan maklumat terkini kepada semua guru-guru LINUS2.0 Daerah Pekan.  Diharapkan dengan sokongan dan doa dari semua pihak impian ini akan menjadi satu kenyataan.
Amin...