PENGENALAN

YAB Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas (NKRA's)] Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Ogos 2009.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan.  Program LINUS (Literacy and Numeracy Screening) merupakan satu program yang dirancang dengan lebih teliti dan sistematik.

KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi sebelum berakhir persekolahan Tahap 1.  Program LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah dan telah mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2012.

Program LINUS diperluas skopnya dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen literasi mulai tahun 2013 dan dikenali sebagai Program LINUS2.0.  Peluasan ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan Literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tahap 1.

BUKU PENGOPERASIAN PROGRAM LINUS2.0

No comments:

Post a Comment